
aku sayang kamu
aku senang denganmu
aku suka renungan matamu
mata bundar tajam menikam
terus ke dasar hati
aku suka bibirmu
manis mengukir senyum
menggetar lubuk hati
aku sayang kamu
aku bahagia denganmu
bila kamu di sisi
aku jadi kuat
rasa penuh kudrat
rasa penuh semangat
capai segala matlamat
bila kamu disamping
tiada rasa terasing
tiada terumbang ambing
langkah tiada terpaling
jaya kekal seiring
aku sayang kamu
kamu kekasih paling setia
kamu kekasih kala suka
kamu kekasih kala sakit
kamu kekasih dunia akhirat
moga kekal kita begini
itu doaku
moga diperkenan
insyaallah…

bila kamu sakit
aku turut sakit
bila kamu menangis
aku turut menangis
bila kamu sedih
aku turut sedih
bila kamu ketawa
aku turut ketawa
bila kamu sakit
tiada lagi ceria suasana
semua jadi muram kusam
tiada warna indah
gelap legap malap
seakan tiada erti
rindukan tawa hilai
rindukan gelak manja
rindukan keletah mengada
rindukan rengekan mesra
semua sudah hilang
lemah jiwa terasa
sendi rasa membeku
langkah tiada tertuju
semua jadi kaku
lesu edaran waktu
itulah semua rasaku
bila kamu sakit
wahai permata hatiku
cepatlah sembuh
aku mahu berlari
seiring denganmu…
AKU SAYANG KAMU
(Mohd Hanafi Bin Zainudin)
No comments:
Post a Comment